Seleweng wang kutipan RM63,000, pegawai PBT ditahan

Seleweng wang kutipan RM63,000, pegawai PBT ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan reman ​Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menyeleweng wang kutipan hasil bayaran proses pelan bangunan berjumlah kira-kira RM63,000.

​Suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu telah ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

​Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022 hingga 2023 dengan mengeluarkan resit yang disyaki palsu sedangkan wang kutipan tersebut tidak dimasukkan ke dalam Akaun Hasil PBT tempatnya berkhidmat.

Memuatkan artikel berkaitan…

​Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini