Remaja dirempuh pikap ketika gunting rambut - Utusan Malaysia

Remaja dirempuh pikap ketika gunting rambut

GAMBAR menunjukkan lokasi kejadian di Ocala. - FOX 35
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang remaja lelaki di sini mengalami kece­deraan parah selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika rambutnya digunting di pembahagi jalan raya demi merakam video tular untuk media sosial.

Kejadian berlaku berhampiran bandar Ocala, kira-kira 130 kilometer di barat laut Orlando, mengikut pengesahan Jabatan Polis Ocala.

Menurut polis, mangsa yang berusia 18 tahun bersama dua rakan lain berada di tengah jalan raya enam lorong, Aksi mengguntung rambut itu  kemudian dirakam di atas pembahagi jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sewaktu rakaman berjalan, sebuah trak pikap Chevy Silverado 3500 bertembung de­ngan sebuah kenderaan utiliti lasak Lexus di persimpangan berdekatan. Ia menyebabkan trak pikap terbabit hilang kawalan sebelum merempuh remaja berkenaan.

Mangsa dikejarkan ke hospital tempatan dalam keadaan parah. Namun, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil pada Isnin malam.

Siasatan awal pihak polis mendapati tiada sebarang tanda pemandu yang terlibat berada di bawah pengaruh alkohol atau bahan terlarang.

Seorang pencipta kandungan tempatan, Yaj Lerom yang tiba di lokasi sejurus selepas kejadian menyifatkan perbuatannya merakam video di lebuh raya sibuk berkenaan sebagai tindakan amat berisiko tinggi dan tidak masuk akal.

“Sebagai pencipta kandungan, saya tidak mahu menjadi hipokrit kerana saya juga berada di sesetengah tempat yang gila, tetapi saya tidak akan meletakkan diri saya seperti ini,” kata Lerom.

“Pendapat saya ialah untuk anak-anak muda, sesuatu perlu dilakukan. Akaun-akaun yang membuat perkara seperti ini perlu disekat. Mereka tidak sepatutnya melihat video-video seperti ini,” tambahnya lagi.

Polis mengesahkan tiada kecederaan lain dilaporkan dalam insiden berkenaan dan punca sebenar kemalangan masih belum diketahui. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN