Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang – Mohd. Shuhaily

Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang – Mohd. Shuhaily

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain menegaskan beliau tidak mahu keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terjejas sehingga menyerupai keadaan di Selayang.

Beliau amat menghargai sokongan yang diterima bagi meneruskan usaha memperkukuh keselamatan di pintu masuk negara termasuk KLIA.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong untuk meneruskan apa juga usaha bagi membaiki keselamatan pintu masuk negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya amat-amat menghargai dan itulah semangat yang saya pegang untuk terus berusaha mengubah prasarana ataupun keselamatan di pintu masuk negara.

“Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang. Saya tidak mahu membiarkannya hingga jadi macam Selayang,” katanya pada sidang akhbar khas di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai sindiket warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohd. Shuhaily berkata, penubuhan AKPS oleh kerajaan mempunyai sebab yang kukuh menerusi penggabungan enam agensi di bawah satu agensi.

Katanya, langkah tersebut bertujuan memperkukuh pengurusan kawalan serta keselamatan di pintu masuk negara.

“Kerajaan menubuhkan kami ada sebab, bukan suka-suka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×