KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad masih berada di Institut Jantung Negara (IJN), di sini untuk menerima rawatan selepas dimasukkan ke pusat kesihatan tersebut sejak malam semalam.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar kepada bekas Perdana Menteri itu, Suffi Yusoff ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, sehingga bila Dr. Mahathir akan berada di IJN masih tidak diketahui.
Anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir dilaporkan berkata, keadaan Mahathir ketika ini adalah baik dan tidak membimbangkan.
Namun, katanya, keputusan untuk memasukkan bapanya ke IJN dibuat bagi membolehkan Dr. Mahathir diberi perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.
Dr. Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN pada pagi, 28 September lepas dan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari yang sama dengan Istiadat Pengebumian Negara. – UTUSAN











