Bayi lahir 2026 dijangka hidup hingga 75.5 tahun - Utusan Malaysia

Bayi lahir 2026 dijangka hidup hingga 75.5 tahun

JURURAWAT bersama sebahagian bayi yang dilahirkan pada permulaan tahun baharu 2024
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bayi yang lahir pada 2026 secara purata dijangka hidup sehingga 75.5 tahun, peningkatan sebanyak 1.5 tahun berbanding 2023.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, peningkatan jangkaan hayat ini disebabkan jumlah kematian yang menurun bagi tempoh 2023 hingga 2026 berbanding 2020 hingga 2022 yang mana berlakunya lebihan kematian semasa pandemik Covid-19.

Katanya, secara purata, seorang bayi perempuan dijangka boleh hidup sehingga 78.1 tahun, 4.9 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki pada 73.2 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut negeri bagi tempoh 2024 hingga 2026 dicatatkan di Selangor (2024:77.6 tahun; 2025:77.9 tahun; 2026:78.2 tahun), manakala Terengganu (2024:72 tahun; 2025: 72.6 tahun; 2026:72.8 tahun) mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada tempoh yang sama.

“Terdapat tiga negeri yang mempunyai jangkaan hayat melebihi jangkaan hayat paras nasional (75.5 tahun) pada tahun 2026 iaitu Selangor (78.2 tahun), Kuala Lumpur (77.3 tahun) dan Labuan (77 tahun),” katanya dalam kenyataan.

DOSM berkata, Samarahan, Sarawak mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi tiga tahun berturut-turut, meningkat daripada 80.3 tahun pada 2024 kepada 80.6 tahun pada 2025 dan 80.9 tahun pada 2026.

Sementara itu, katanya, Kecil Lojing, Kelantan mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada tahun 2024 (65.3 tahun), 2025 (66.2 tahun) dan 2026 (65.8 tahun).

“Secara keseluruhan, 32 daripada 162 daerah melepasi jangkaan hayat di peringkat nasional (75.5 tahun). Jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki adalah di Kalabakan, Sabah (79.8 tahun) dan perempuan di Samarahan, Sarawak (82.8 tahun).

“Jangkaan hayat ketika lahir pada 2019 meningkat 0.4 tahun berbanding 2016. Jangkaan hayat lelaki meningkat sebanyak 0.4 tahun daripada 72.1 tahun kepada 72.5 tahun manakala jangkaan hayat perempuan juga meningkat 0.4 tahun.

“Walau bagaimanapun, jangkaan hayat ketika lahir pada 2022 menurun sebanyak 0.9 tahun dengan jangkaan hayat lelaki menurun sebanyak 1.0 tahun dan perempuan sebanyak 0.8 tahun berbanding 2020,” jelasnya.

DOSM berkata, seorang lelaki yang mencapai umur 15 dan 60 tahun pada 2026 masing-masing dijangka hidup selama 59.0 tahun dan 18.9 tahun lagi.

“Ini bermakna, lelaki yang berumur 15 dan 60 tahun pada 2026 masing-masing dijangka hidup sehingga 74.0 tahun dan 78.9 tahun.

“Sebaliknya, perempuan dalam kumpulan umur yang sama dijangka hidup selama 63.7 tahun dan 21.7 tahun lagi, iaitu dengan jangkaan hayat masing-masing 78.7 tahun dan 81.7 tahun,” tambahnya.

Menurut DOSM, jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dicatatkan oleh etnik Cina dengan 75.1 tahun (lelaki) dan 80.8 tahun (perempuan) pada 2026.

“Sebaliknya, jangkaan hayat ketika lahir terendah bagi lelaki dan perempuan dicatatkan oleh etnik India masing-masing dengan 68.8 tahun dan 75.8 tahun bagi tahun yang sama,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×