Tambang KLIA Ekspres, Transit naik RM10 mulai 1 Januari 2027

Tambang KLIA Ekspres, Transit naik RM10 mulai 1 Januari 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tambang KLIA Ekspres dan KLIA Transit bagi perjalanan sehala penumpang dewasa antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dinaikkan RM10 daripada RM55 kepada RM65 mulai 1 Januari 2027.

Pengendalinya, Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) memaklumkan, tambang bagi sektor lain juga akan diselaraskan.

Menurut ERL, pelarasan itu dibuat selepas 11 tahun daripada kenaikan tambang terakhir pada 2016 susulan peningkatan ketara kos operasi dan penyelenggaraan selaras dengan perjanjian konsesinya dengan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Datin Noormah Mohd. Noor berkata, pelarasan berkenaan mengambil kira kos mengendalikan dan menyelenggara perkhidmatan itu, selain memastikan perkhidmatan dapat dikekalkan dalam jangka panjang.

“Pelarasan tambang ini akan menyokong usaha kami mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi dan melabur dalam penambahbaikan bagi meningkatkan pengalaman penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ERL kekal komited menyediakan hubungan terpantas dan boleh dipercayai antara KL Sentral dan KLIA.

“Pada masa sama, ERL sedang bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi untuk menawarkan potongan harga tiket eksklusif sehingga 30 peratus mulai Januari tahun depan.

“Bagaimanapun, butiran mengenai tawaran diskaun itu hanya akan diumumkan selepas urusan berkaitan dimuktamadkan,” katanya.

ERL yang mula beroperasi 24 tahun lalu mengendalikan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit antara pusat bandar dengan KLIA Terminal 1 serta Terminal 2. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×