KUALA LUMPUR: “Tiada lagi bahu untuk kau berpaut.”
Demikian luahan pelakon, Farah Ahmad tentang kehilangan pasangan hidup yang pergi menghadap Illahi.
Menurut Farah atau nama sebenarnya Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin berakhir segala pertikaian dan kasih sayang apabila suami atau isteri tidak lagi di sisi.
“Di kala pasangan kau pulang ke dunia abadi, maka hilanglah tempat dimana segala masalah kau tidak lg dipertikai dengan kasih sayang.
“Tidak ada lagi kata Salah dengan kasih sayang. Hilang guru pertama kau dalam berpasangan, bab disiplin, bab gaduh, bab makan, bab seni bela diri, bab lawak, bab nyanyi, bab kesihatan, bab ekonomi, bab pengurusan semua bab yang diajar tanpa sedar.
“Dan apa yang diajar menjadikan kau selepas dia pulang,” katanya di Thread.
Farah bergelar ibu tunggal sejak suaminya, pengarah drama dan filem Firdaus Hanif, 43, meninggal dunia selepas ditemui lemas ketika memancing dekat Jambatan Gemenchur di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis pada Oktober 2019.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata.-UTUSAN











