Sultan Nazrin ucap takziah kepada Tun M atas pemergian Siti Hasmah

Sultan Nazrin ucap takziah kepada Tun M atas pemergian Siti Hasmah

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Baginda bertitah, negara diselubungi awan duka atas pemergian Allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang insan yang banyak berkorban serta berjasa kepada nusa dan bangsa.

“Semalam negara diselubungi awan duka, kesedihan atas kembalinya ke Rahmatullah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; seorang insan yang telah banyak berkorban dan berjaya memberikan khidmat dan sumbangan kepada nusa dan bangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-75 menyampaikan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir serta ahli keluarga Allahyarhamah,” titah baginda ketika berucap pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-75 di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin turut mendoakan agar Dr. Mahathir dan seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian berkenaan.

“Semoga roh Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dilimpahi rahmat ihsan Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan roh para solihah,” titah baginda. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×