Kerabat diraja, kenamaan mula tiba beri penghormatan terakhir kepada Tun Siti Hasmah

Kerabat diraja, kenamaan mula tiba beri penghormatan terakhir kepada Tun Siti Hasmah

TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Hassanal Ibrahim tiba di perkarangan Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerabat diraja dan kenamaan mula tiba di perkarangan Pusara Negara, Presint 20, di sini, bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, hari ini.

Dapat kelihatan, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang ditemani Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah pada pukul 4.45 petang.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin antara kenamaan yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud turut kelihatan di lokasi.

Terdahulu, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×