SERI KEMBANGAN: Jenazah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dibawa keluar dari kediamannya di Mines Resort City, di sini sekita pukul 2.47 petang untuk disolatkan di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa kenderaan dipercayai ahli keluarga dan pemimpin negara turut mengiringi van membawa jenazah.
Jenazah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu kemudiannya akan dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya untuk dikebumikan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Terdahulu, Dr. Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.20 pagi tadi.
Pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir.-UTUSAN











