Kulit berminyak tetap perlukan pelembap

Kulit berminyak tetap perlukan pelembap

Shaaira Nasir (kiri) berkongsi pandangan tentang mitos mengenai penjagaan kulit berminyak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bila kulit sudah berminyak, pelembap biasanya menjadi antara produk pertama yang diketepikan.

Alasannya mudah, takut wajah semakin berkilat dan terasa lebih berminyak.

Tetapi, bagaimana jika tindakan itu sebenarnya membuatkan keadaan kulit menjadi lebih tidak seimbang?

Memuatkan artikel berkaitan…

Pakar perunding dermatologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Shaaira Nasir berkata, anggapan kulit berminyak tidak memerlukan pelembap adalah mitos semata-mata.

Katanya, kulit yang menghasilkan banyak minyak masih boleh kekurangan air dan mengalami dehidrasi.

“Apabila kulit tidak cukup air, ia boleh mengalami keradangan dan menghasilkan lebih banyak minyak,” katanya baru-baru ini.

Shaaira berkata, penghasilan minyak berlebihan turut membuatkan liang pori pada wajah lebih terserlah.

Justeru, penggunaan pelembap atau produk penjagaan wajah yang mengandungi bahan aktif boleh membantu mengawal lebihan minyak sepanjang hari.

Antara bahan aktif yang sesuai ialah vitamin B3 (niacinamide) dan asid salisilik.

“Penggunaan bahan aktif tidak perlu terlalu banyak, sebaliknya digunakan secara konsisten bagi mengelakkan kerosakan pada lapisan pelindung kulit.

“Tetapi keberkesanan bahan aktif bukan hanya bergantung kepada ramuan, sebaliknya ia turut dipengaruhi formulasi produk.

“Asid salisilik dan vitamin B3 mempunyai potensi untuk kulit berminyak, namun ia perlu diformulasikan dengan betul supaya dapat berfungsi secara optimum tanpa menjejaskan keselesaan kulit,” katanya.

Katanya, rangkaian terbaharu La Roche-Posay, Effaclar Supramolecular, memfokuskan lebihan minyak dan liang pori yang kelihatan besar melalui rutin dua langkah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×