Pas kenang jasa Tun Dr. Siti Hasmah angkat martabat wanita

Pas kenang jasa Tun Dr. Siti Hasmah angkat martabat wanita

SITI HASMAH MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas mengenang sumbangan Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dalam mengangkat martabat wanita Malaysia khususnya dalam bidang kesihatan, pendidikan dan ekonomi.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Allahyarham turut memainkan peranan dalam bidang berkenaan sepanjang suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri.

Menurut beliau, Dr. Siti Hasmah juga direkodkan sebagai wanita pertama di Malaysia yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ahli-ahli Pas khususnya dan seluruh warganegara umumnya turut merasai kehilangan Ibu Negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin turut merakamkan ucapan takziah kepada Dr. Mahathir dan keluarga atas pemergian isteri, ibu serta nenek tercinta mereka di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solehin,” katanya.

Terdahulu, Dr. Siti Hasmah disahkan meninggal dunia di IJN pada pukul 9.20 pagi tadi.

Berita kematian beliau disahkan oleh anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir ketika dihubungi Bernama hari ini.

Allahyarham Dr. Siti Hasmah, menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×