Kumpulan Black Fire kekal bertahan selepas 44 tahun

Kumpulan Black Fire kekal bertahan selepas 44 tahun

ANGGOTA kumpulan muzik underground terkenal, Black Fire dari Perlis yang kekal bertahan selepas 44 tahun pada majlis MoU di pejabat urusan MEP21, Kangar, Perlis semalam.– UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kumpulan muzik underground terkenal, Black Fire dari Perlis yang pernah mencipta nama dalam genre metal sekitar era 80-an terus kekal bertahan selepas 44 tahun.

Terbaharu, kumpulan yang turut mendapat perhatian di peringkat antarabangsa itu bakal menerbitkan album baharu tahun depan, selepas kejayaan penganjuran konsert The Enourmous Wrath UK Tour 2025 pada April tahun lalu dan The Black Fire Coming Home, bulan lalu.

Pemain gitar utama selaku ketua kumpulan, Subri Bahari berkata, kumpulan tersebut yang ditubuhkan sekitar tahun 1982 itu akan tetap mengikut perubahan zaman selain mengekalkan elemen-elemen lama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mereka turut akan menggabungkan cara baharu bagi menghasilkan lagu untuk dimuatkan dalam album berke­naan.

“Buat masa ini, semua persiapan telah dijalankan dan hanya menunggu proses merekod lagu untuk dimuatkan dalam album berkenaan.

“Muzik kita akan mengikut perubahan zaman walaupun elemen-elemen lama itu tetap dikekalkan sebagai identiti Black Fire,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara MEP21 dengan Black Label Production di sini semalam.

MoU tersebut bagi meneroka kerjasama lebih luas menerusi pembangunan barang dagang rasmi kumpulan Black Fire, pelancongan muzik, kandungan kreatif serta jaringan pemasaran ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Pada tahun lalu, Black Fire dianggotai oleh Subri; Eekram Ibrahim (vokalis); Mohd Ezrin Abd Ghani (gitar); Mohd Abdul Hakim (bass) dan Mohamad Asri Othman (drum) menggegar United Kingdom (UK) menerusi siri jelajah di lima bandar di situ.

Sementara itu, Pengarah Black Label Production, Zahiri Zulkifly berkata, album itu memuatkan lapan lagu termasuk dua daripadanya diberi nafas baharu iaitu kemenangan saat akhir dan sengketa di balik awan.

“Album baharu ini didatangkan dalam format digipack dan keluaran khas piring hitam memandangkan kita ada usahasama dengan beberapa record label di UK. Kita sasarkan untuk keluarkan 1,000 salinan terma­suk piring hitam, digitpack dan sedikit kaset selain melalui platform digital,” katanya.

Katanya, semasa pelancaran album Black Fire pada Julai 2023, kumpulan berkenaan turut mencipta sensasi meraih tempat pertama dalam carta radio di Amerika Syarikat (AS)

“Saya berharap penghasilan album baharu ini akan memberikan aura yang sama khususnya dengan penerbitan dua lagu yang diberi nafas baharu itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×