Geng curi motosikal Honda Ex-5 di Bachok tumpas

Geng curi motosikal Honda Ex-5 di Bachok tumpas

SEBAHAGIAN motosikal jenis Honda Ex-5 yang dirampas dalam serbuan di sekitar Bachok, Kelantan pada Khamis lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Polis menumpaskan geng curi motosikal jenis Honda EX5 selepas lima lelaki masing-masing berusia antara 16 hingga 22 tahun dalam operasi di sekitar daerah ini pada Khamis lalu.

Kesemua suspek itu ditahan dalam operasi selama dua jam bermula pukul 5 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok bersama anggota Balai Polis Bachok.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, hasil soal siasat awal mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal terutama jenis Honda EX5.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka turut mendakwa mula aktif melakukan kegiatan itu sejak awal September lalu di sekitar Bachok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Ismail memberitahu, serbuan itu membawa kepada rampasan dua buah motosikal masing-masing jenis Honda EX5 berwarna hitam dan Yamaha LC berwarna merah serta sebuah rangka motosikal berwarna biru.

Katanya, turut dirampas ialah dua kunci motosikal, sebuah enjin dan kulit enjin motosikal yang mempunyai nombor pengenalan dipercayai telah diganggu atau dicanai.

“Kesemua suspek direman selama empat hari bermula 25 hingga 28 September ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×