Abu Gunung Etna paka Lapangan Terbang Catania ditutup

Abu Gunung Etna paka Lapangan Terbang Catania ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Catania di Itali, digantung akibat abu gunung berapi daripada aktiviti berterusan Gunung Etna serta keadaan cuaca, menurut syarikat yang mengendalikan hab penerbangan di Sicily itu.

Semua penerbangan masuk ke lapangan terbang berkenaan, yang kelima tersibuk di Itali dari segi jumlah penumpang, digantung sehingga 10 pagi pada Ahad (waktu tempatan).

Gunung Etna, gunung berapi tertinggi dan paling aktif di Eropah, kerap menyebabkan gangguan penerbangan di Catania, namun pelepasan abu amat kuat pada musim panas ini sehingga menjejaskan ribuan penumpang ketika musim percutian memuncak.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×