Itali mula bina kekuatan 

Itali mula bina kekuatan 

Penyerang Itali, Gianluca Scamacca (kiri) cuba melepasi asakan pemain Turkiye, Ozan Kabak dan penjaga gol, Ugurcan Cakir dalam saingan Liga Negara-Negara di Renato Dall'Ara, Bologna, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOLOGNA: Itali menghidupkan peluang untuk ke suku akhir Liga Negara-Negara selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Turkiye di Stadium Dall’Ara, Bologna, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Itali kini di tangga kedua Kumpulan A1, tiga mata di belakang pendahulu Perancis dan satu mata mengatasi Belgium, manakala Turkiye pula menghuni tangga tercorot kumpulan.

Gianluca Scamacca meletakkan Azzurri di depan selepas 26 minit, namun Aral Simsir menyamakan kedudukan sejurus selepas sejam permainan.

Skuad kendalian Roberto Mancini kembali mendahului menerusi jaringan Riccardo Calafiori sebelum Pio Esposito melengkapkan kemenangan berkenaan.

“Walaupun kami melakukan banyak perubahan, semua pemain berdepan keletihan dan kami sedikit bergelut.

“Namun, kami berjaya menjaringkan gol dan kemudian meledak satu lagi gol sejurus mereka menyamakan kedudukan.

“Kami perlu terus bermain. Ketika ini kami berada di tempat kedua dan mungkin perlu berjuang untuk mengekalkan kedudukan itu di Belgium,” kata Mancini.

Itali kini dalam proses membina semula pasukan di bawah kendalian Mancini yang kembali untuk tempoh kedua sebagai jurulatih skuad negara itu, selepas mereka gagal layak ke tiga edisi Piala Dunia terakhir.

Mancini menurunkan muka baharu yang membuat penampilan sulung, Alessandro Romano dan Issa Doumbia di bahagian tengah, selain Antonio Vergara yang belum pernah beraksi di peringkat antarabangsa di bahagian sayap.

Itali menewaskan Turkiye 4-1 dalam pertemuan pertama pada perlawanan kedua sebelum seri 1-1 dengan Perancis di Paris.

Turkiye turun dengan kekuatan yang terhad apabila Vincenzo Montella masih kehilangan beberapa pemain utama termasuk Arda Guler yang digantung perlawanan, selain gandingan Kenan Yildiz dan Hakan Calhanoglu yang mengalami kecederaan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN