El Nino paksa restoran terkemuka ubah menu

El Nino paksa restoran terkemuka dunia ubah menu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Fenomena El Nino yang dijangka mencatat rekod memaksa cef terkemuka dunia mengubah menu mereka susulan ancaman kemarau, banjir dan gelombang haba yang semakin menjejaskan sistem makanan global.

Di Brazil, semut yang sebelum ini digunakan sebagai bahan masakan semakin sukar diperoleh, manakala seorang cef dari Denmark memilih coklat tanpa koko dan Jepun mula menghidangkan ikan spesies air suam.

Perubahan itu didedahkan beberapa cef terkenal pada festival festival gastronomi Apapaxoa yang berlangsung di pantai Caribbean, Mexico.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meramalkan fenomena El Nino kali ini akan menjadi antara paling kuat pernah direkodkan, yang membawa perubahan corak angin dan taburan hujan global serta mencetuskan cuaca tidak menentu.

Bagi cef terkemuka dunia, ketidakpastian terhadap bekalan, kualiti dan harga bahan mentah menyebabkan mereka terpaksa menyusun semula pilihan bahan di dapur masing-masing.

“Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, saya menghasilkan menu baharu setiap tahun, namun terpaksa mengubahnya berkali-kali, hampir setiap minggu, kerana sesetengah bahan tidak tersedia,” kata cef Brazil, Alex Atala, kepada AFP.

Atala berkata, semut yang sebelum ini digunakan sebagai bahan masakan kini hanya disediakan kepada pelanggan yang secara khusus meminta untuk mencubanya.

Cef Sepanyol, Quique Dacosta, berkata krisis iklim turut menjejaskan bahan mentah di rantau Mediterranean, termasuk ladang anggur, kebun oren dan penanaman beras Albufera yang menjadi bahan penting dalam hidangan paella.

Di Jepun pula, cef Yusuke Takada berkata perubahan laluan penghijrahan hidupan laut akibat El Nino menyebabkan cef tempatan perlu menyesuaikan diri dengan pilihan makanan laut yang berbeza.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×