Ismail sudah mengaku tidak berkuasa lagi - Puad

Ismail sudah mengaku tidak berkuasa lagi – Puad

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim didakwa sudah mengakui bahawa dirinya tidak lagi berkuasa sepenuhnya.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa demikian susulan permohonan Ismail supaya pihak berkuasa menilai semula arahan yang melarang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memasuki pejabat mereka di Wisma Negeri.

“Kenyataan terbaru Menteri Besar Negeri Sembilan mendedahkan lagi kelemahannya. “Saya mohon pihak berkuasa yang berkenaan menilai semula arahan tersebut dengan segera”. Itu komen beliau apabila Exco negeri dilarang masuk pejabat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila memohon, itu bermakna Ismail mengaku dia tidak lagi berkuasa sepenuhnya. Sebelum ini dia tegas mengatakan pembatalan pelantikan Exco negeri oleh Yang di-Pertuan Besar tidak sah,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan Ismail berkata, penilaian terhadap arahan tersebut perlu dilakukan dengan segera, termasuk arahan yang didakwa menghalang Exco menjalankan fungsi mereka.

Beliau berkata, penilaian semula itu perlu mengambil kira asas dan skop arahan berkenaan, selain memastikan urusan rakyat serta pentadbiran kerajaan negeri tidak terganggu.

Mohd Puad berkata, Ismail sebelum ini dengan tegas mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, untuk membuat pewartaan penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Bagaimanapun, katanya, arahan Ismail itu tidak dilaksanakan, sebaliknya pembatalan pelantikan Exco yang dipatuhi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Itu semakin menjejaskan imej ‘UMNO led government’ di Negeri Sembilan. Ismail nampak ‘helpless’. Dia flip flop dalam banyak perkara sama ada pendirian, keputusan dan kenyataan. Sekarang ini lebih baik Ismail tutup mulut.

“Apa Zahid ( Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah lakukan? Sebagai Presiden UMNO dia perlu menyelesaikannya segera. MKT UMNO menjadi bisu.

“Sepatutnya desak mesyuarat khas MKT untuk bincang kemelut adat dan perlembagaan Negeri Sembilan,” katanya.

Tambahnya, UMNO mesti mengemukakan kepada rakyat Negeri Sembilan formula lebih konkrit dan mengutamakan kebajikan rakyat yang sudah memberi mandat dalam PRN lalu.

“Cari jalan keluar secepat mungkin. Jangan biarkan Ismail terus menjawab ‘Over taken by events,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×