Warga asing di Flat Hijau Putrajaya ditahan imigresen

Warga asing di Flat Hijau Putrajaya ditahan imigresen

SERAMAI 84 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tinggal di kawasan berkepadatan warga asing tinggi di Flat Hijau berjaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya menerusi Ops Pintu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 84 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tinggal di kawasan berkepadatan warga asing tinggi di Flat Hijau berjaya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya menerusi Ops Pintu.

JIM Putrajaya berkata, Ops Pintu itu dilaksanakan susulan aduan awam serta maklumat yang diterima melalui media sosial dan kemudiannya diperkukuh menerusi risikan JIM.

Katanya, operasi itu dilaksanakan di Pangsapuri Putra Harmoni atau lebih dikenali sebagai “Flat Hijau” hasil tindakan melalui risikan dan maklumat awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi berkenaan digerakkan dalam dua fasa bermula semalam, dengan pemeriksaan dan tindakan terhadap premis perniagaan di kawasan pangsapuri berkenaan.

“Fasa kedua pula diteruskan pada 25 September bermula pukul 1.30 pagi, dengan sasaran utama penghuni yang disyaki merupakan PATI di kawasan berkenaan,’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, seramai 60 pegawai JIM daripada pelbagai pangkat terlibat dalam operasi itu yang membawa kepada pemeriksaan terhadap 321 individu berkenaan di lapangan.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 84 PATI ditahan terdiri daripada 73 lelaki, sembilan perempuan dan dua kanak-kanak untuk tindakan serta siasatan lanjut.

“Risikan JIM mendapati terdapat warga asing yang menetap di kawasan berkenaan dan sebahagiannya dipercayai menjalankan aktiviti perniagaan di situ berkenaan.

“Tindakan itu merupakan kesinambungan operasi penguatkuasaan JIM di kawasan penempatan yang dikenal pasti mempunyai kepadatan warga asing yang tinggi tersebut.

“Operasi berkenaan merupakan susulan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan JIM di kawasan tersebut pada 9 September lalu sebelum ini di lokasi sama,” katanya.

JIM turut menggesa pemilik rumah dan premis bertanggungjawab terhadap penyewa serta memastikan status imigresen penghuni adalah sah dan mematuhi syarat ditetapkan.

“Orang ramai juga digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PATI atau aktiviti yang disyaki melanggar undang-undang untuk tindakan penguatkuasaan lanjut dan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×