Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi Felda dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi Felda dituduh minggu depan

ABD. HALIM AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai dua individu yang disiasat dalam penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) berkaitan Felda akan dituduh minggu hadapan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkara, dua individu itu melibatkan bekas pengurus besar Felda dan bekas ketua pegawai eksekutif Felda Investment Committee atau Felda Investment Commission.

“Bagi bekas pengurus Felda, bekas pengurus besar Feldaakan menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan pertuduhan itu akan didaftarkan di mahkamah pada tarikh 30 September ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Committee pula akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 417, dengan pertuduhan itu akan berlangsung pada tarikh 29 September,” katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-5, di sini hari ini.

SPRM minggu lalu mencadangkan pertuduhan terhadap dua bekas pengurusan kanan Felda berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan KLVC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×