KUALA LUMPUR: Buat kali pertama selepas mendapat pengampunan bersyarat minggu lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke Kompleks Mahkamah di sini, hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu tiba dari Penjara Kajang sekitar pukul 8.30 pagi dengan mengenakan sut kelabu muda dan kemeja putih, tiba dengan dikawal ketat pihak penjara.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendengar permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion berkait kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berdasarkan semakan laman web kehakiman, permohonan bekas Perdana Menteri itu didengar di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.
Media sedang menantikan ketibaan pasukan peguam Najib di pekarangan kompleks mahkamah di sini, berhubung sebarang makluman terkini mengenai tahanan rumah. – UTUSAN











