Anak periang kini berubah selepas hidap leukemia

Anak periang kini berubah selepas hidap leukemia

MUHAMMAD Nur Hafiz Shuid (kanan) sebak ketika berkongsi mengenai keadaan anak bongsunya yang disahkan menghidap leukemia di Taman Desa Jarak, Bintong, Perlis, semalam. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pasangan suami isteri tidak menyangka anak bongsu mereka yang sebelum ini cukup aktif namun kini disahkan menghidap kanser darah atau leukemia sejak Mei lalu.

Muhammad Nur Hafiz Shuid, 41, dan Wan Nur Iman Hidayah Wan Rodzi, 29, dari Taman Desa Jarak memberitahu, anak mereka, Nur Iman Sumayyah Muhammad Nur Hafiz, 3, sebelum ini merupakan kanak-kanak yang periang namun berubah tiba-tiba selepas disahkan menghidap penyakit berkenaan.

Muhammad Nur Hafiz berkata, anaknya itu pada mulanya hanya mengalami demam secara berulang sekitar akhir April lalu sebelum dibawa mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini. 

“Hari ketiga kami bawa ke kecemasan dan dimasukkan ke wad HTF selama dua minggu. Anak saya kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB), Alor Setar untuk ambil sampel sumsum tulang belakang. 

“Apabila keputusan keluar, anak saya disahkan menghidap leukemia,” ketika ditemui di kediamannya semalam.

Muhammad Nur Hafiz berkata, pengesahan hospital berhubung penyakit anaknya itu amat mengejutkan kerana Nur Iman sebelum ini tidak mempunyai masalah kesihatan serius malah turut menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Katanya, doktor memaklumkan penyakit itu dikesan masih berada pada peringkat awal dan tidak melibatkan bahagian otak dan anaknya turut menjalani rawatan kemoterapi bermula pada Mei lalu.

“Masa tahu, kanser sudah 85 peratus dan perlu menjalani rawatan kimoterapi. Sampai sekarang anak saya menjalani kimoterapi sebulan empat kali yang perlu berulang alik ke HSB,” katanya. 

Muhammad Nur Hafiz berkata, mereka juga perlu membelanjakan hampir RM3,000 sebulan bagi menampung kos minyak dan perjalanan berulang-alik ke Alor Setar, selain keperluan lain anak bongsunya untuk menjalani rawatan.

Dia dan isteri pada awalnya turut berdepan cabaran dalam pembahagian masa memandangkan mereka perlu menguruskan dua lagi anak yang masih bersekolah. 

Sementara itu, Wan Nur Iman berkata, hatinya tersentuh dan sedih apabila melihat anak  itu kini hanya mampu memerhatikan kanak-kanak lain bermain di luar rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×