Malaysian Tigress akur tumbang kepada China

Malaysian Tigress akur tumbang kepada China

SKUAD hoki wanita negara gagal memberikan saingan sengit kepada China yang menghuni kelompok elit hoki wanita Asia-IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara akur dengan kehebatan China apabila tewas 0-4 dalam aksi ketiga Kumpulan A Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

China yang menghuni kelompok elit hoki wanita Asia tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Yu Anhui pada minit kedua menerusi jaringan padang.

Malaysia cuba bangkit selepas ketinggalan awal, namun benteng China terus kebal bagi menyukarkan usaha barisan serangan negara menghasilkan gol penyamaan.

Tekanan China akhirnya membuahkan hasil apabila Zhong Jiaqi menyempurnakan pukulan sudut penalti (PC) pada minit ke-25 untuk membawa pasukannya mendahului 2-0 sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, China terus menguasai permainan dan sekali lagi Zhong Jiaqi menghukum Malaysia menerusi PC pada minit ke-44 untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Zhang Ying kemudian melengkapkan kemenangan China dengan gol keempat pada minit ke-47, juga menerusi PC.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia gagal meneruskan momentum selepas meraih kemenangan 5-0 ke atas Kazakhstan dan bangkit menewaskan Bangladesh 3-1 dalam dua aksi terdahulu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×