Paderi bunuh 190 kanak-kanak dipenjara 200 tahun

Paderi bunuh 190 kanak-kanak dipenjara 200 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Seorang lelaki di Kenya yang mendakwa dirinya sebagai paderi dijatuhi hukuman penjara 200 tahun selepas didapati bersalah membunuh 190 kanak-kanak dalam insiden dikenali ‘pembunuhan beramai-ramai Hutan Shakahola’.

Ratusan mayat ditemukan sejak 2023 di pangkalan kumpulan itu berhampiran pusat peranginan pantai Malindi, sekali gus mendedahkan kegiatan ajaran sesat yang menggemparkan negara berkenaan.

Mackenzie, yang mengaku dirinya sebagai paderi, didakwa menghasut pengikutnya supaya berlapar sehingga mati bagi membolehkan mereka ‘bertemu Jesus’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bulan lalu, dia disabitkan atas kesalahan membunuh 190 kanak-kanak dan seorang dewasa dalam tempoh Januari 2021 hingga September 2023, bersama 28 individu lain yang turut didakwa dalam kes itu.

Peguam Mackenzie berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah.

Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 100 tahun terhadap Mackenzie atas kesalahan membunuh, manakala 100 tahun lagi dikenakan bagi kesalahan berkaitan perbuatan menghasut pengikutnya supaya berlapar sehingga mati.

Rakan subahatnya turut dijatuhi hukuman penjara yang panjang, dengan tempoh berbeza mengikut kesalahan masing-masing.

Pendakwa raya sebelum ini memohon hukuman mati dikenakan terhadap Mackenzie, namun hakim memutuskan hukuman itu tidak akan memberi kesan pencegahan, khususnya apabila pesalah menganggap kematian sebagai jalan ke syurga serta penyatuan dengan Jesus dan anak-anak mereka yang telah meninggal dunia.

Walaupun undang-undang Kenya memperuntukkan hukuman mati, negara itu tidak melaksanakan hukuman berkenaan sejak 1987.

Mackenzie turut berdepan pertuduhan membunuh tanpa niat dan keganasan dalam beberapa perbicaraan berasingan, namun beliau menafikan semua dakwaan itu.

Bekas pemandu teksi itu dilihat tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika tiba di mahkamah pada Jumaat dengan memakai baju polo serta senyuman nipis.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini