LONDON: Juara Liga Perdana Inggeris, Arsenal difahamkan sudah mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu bersama pengurusnya, Mikel Arteta, lapor BBC hari ini.
Kontrak Arteta akan berakhir pada penghujung musim dan perbincangan mengenai penjanjian baharu sudah berjalan beberapa bulan.
Pengerusi bersama Arsenal, Josh Kroenke berkata pada Mei lalu dengan menegaskan bahawa memastikan masa depan Arteta menjadi keutamaan kelab selepas pengendali dari Sepanyol itu membimbing kelab Utara London itu memenangi gelaran liga pertama mereka dalam tempoh 22 tahun bulan lalu.
Untuk rekod, pengendali berusia 44 tahun itu berjaya menukar Arsenal sejak mengambil alih tugas pada 2019, menamatkan penantian lama mencari mahkota liga selepas tiga kali bergelar naib juara berturut-turut.-AGENSI











