Anwar imbau kenangan bertemu keluarga di Penjara Sungai Buloh

Anwar imbau kenangan bertemu keluarga di Penjara Sungai Buloh

ANWAR Ibrahim berkongsi gambar ketika bertemu keluarga di Penjara Sungai Buloh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan ketika berada di Penjara Sungai Buloh menerusi hantaran di Facebook, tengah malam tadi.

Beliau berkongsi sekeping gambar yang memaparkan dirinya berada di sebalik penghadang kaca dan jeriji besi sambil memegang gagang telefon ketika bertemu keluarga.

Anwar menyifatkan detik berkenaan sebagai momen yang kekal dalam ingatan, selain menyertakan tanda pagar #throwback dalam hantaran berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh gambar itu dirakam.

Hantaran berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial apabila meraih lebih 26,000 tanda suka selain mengundang pelbagai reaksi warganet.

Seorang pengguna, Ruqayyah Abd Fatah mendoakan Anwar terus menerajui negara pada masa akan datang.

“Saya doakan PMX terus gagah menerajui negara untuk penggal-penggal akan datang.

“Tak salah kita mengenang kenangan. Nabi Yusuf juga dari penjara ke pemerintah tertinggi Mesir,” tulisnya.

Norazliza Ghazali pula menulis: “Dari tirai besi diangkat menjadi Perdana Menteri.”

Sementara itu, Kimmy P Sigayon menyifatkan gambar yang dikongsikan Anwar itu sebagai satu detik yang cukup bernilai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×