Penyu belimbing bertelur 70 biji di Kuala Abang

Penyu belimbing bertelur 70 biji di Kuala Abang

PENYU belimbing mendarat dan bertelur di Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seekor penyu belimbing mendarat di Pantai Kuala Abang, di sini hari ini dengan menghasilkan sebanyak 70 biji telur.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Pang Nyukang berkata, penyu berkenaan naik ke pantai kira-kira pukul 2 pagi untuk bertelur sebelum proses pemindahan dan penanaman telur dilakukan pada pukul 6 pagi.

“Sebanyak 70 biji telur dikumpulkan dan ditanam semula bagi tujuan pemantauan serta perlindungan. Kita tidak menolak kemungkinan ini adalah penyu sama yang mendarat dan bertelur baru-baru ini,” katanya di sini.

Katanya, lokasi pendaratan dan penanaman telur itu terus dipantau bagi memastikan keselamatan telur berkenaan daripada ancaman pemangsa serta faktor lain.

Beliau berkata, kebarangkalian penyu tersebut kembali mendarat dan bertelur lagi selepas ini. – UTUSAN

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×