Maxim Malaysia beri sokongan pendidikan 94 murid pekak Tawau

Maxim Malaysia beri sokongan pendidikan 94 murid pekak Tawau

WARGA Persatuan Orang Pekak Tawau bersama wakil Maxim Malaysia merakam gambar kenangan selepas penyerahan sumbangan barangan keperluan pembelajaran sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan. IHSAN MAXIM MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seramai 94 murid dibawah Persatuan Orang Pekak daerah ini menerima sumbangan bahan persekolahan dan keperluan pembelajaran menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Maxim Malaysia.

Ketua Maxim Tawau, Rizwan Azwanshah berkata, program CSR itu diterjemahkan melalui usaha memastikan golongan kurang upaya tidak terpinggir daripada perhatian masyarakat.

Beliau berkata, ia turut dilaksanakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 yang membawa mesej kebersamaan dan inklusiviti dalam memastikan setiap lapisan masyarakat dapat bersama-sama menikmati semangat kemerdekaan.

“Di Maxim, kami percaya peranan kami bukan sekadar menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Kami juga sebahagian daripada komuniti di tempat kami beroperasi dan mahu menyumbang dengan cara yang memberikan perubahan bermakna kepada kehidupan masyarakat.

“Menyokong murid ini dalam pendidikan mereka adalah salah satu cara kecil bagi menunjukkan bahawa kami mengambil berat dan masa depan mereka juga penting kepada kami,” katanya kepada Utusan Pelajar.

Sementara itu, guru Persatuan Orang Pekak Tawau, Sinta Maka berkata, sumbangan yang diberi pihak Maxim dapat membantu meringankan keperluan pendidikan murid termasuk memberi galakan kepada mereka untuk terus semangat belajar.

Katanya, bantuan berkenaan turut memastikan pelajar mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk digunakan sepanjang sesi pembelajaran, sekali gus memudahkan tenaga pengajar melaksanakan aktiviti pengajaran dengan lebih teratur dan berkesan.

“Kami amat menghargai usaha Maxim Malaysia meluangkan masa bersama murid dan menyediakan bahan persekolahan untuk menyokong pembelajaran harian mereka.

“Lebih daripada sekadar sumbangan, murid sangat gembira dapat menyertai aktiviti dan berinteraksi bersama pasukan Maxim.

“Pengalaman seperti ini membantu mereka berasa dihargai, diterima dan mendapat sokongan daripada komuniti yang lebih luas,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program berkenaan, termasuk penyampaian sumbangan alat tulis dan buku kepada semua pelajar, aktiviti permainan santai (fun games) serta kelas bahasa isyarat.

Aktiviti berkenaan turut memberi peluang kepada murid berusia tujuh hingga 12 tahun itu berkomunikasi, bergaul dan menjalani aktiviti bersama masyarakat luar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×