Akmal ketuai delegasi UMNO ke Muktamar Pemuda Pas 

Akmal ketuai delegasi UMNO ke Muktamar Pemuda Pas 

DR. MUHAMMAD Akmal Salleh (enam dari kanan) menghadiri Muktamar Pemuda Pas di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kehadiran 25 delegasi pimpinan UMNO pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Kali Ke-67 di Hotel Grand Riverview di sini hari ini mencuri perhatian, sekali gus menjadi simbolik hubungan antara dua parti Melayu berkenaan.

Kehadiran rombongan pimpinan UMNO itu merupakan kali kedua selepas penyertaan mereka pada Muktamar Pas di Pahang pada 2019.

Delegasi berkenaan diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh bersama-sama pimpinan lain bagi memeriahkan muktamar tahunan parti berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-72  dijadualkan berlangsung esok dan akan disempurnakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa,

Kehadiran pimpinan UMNO pada muktamar kali ini turut dilihat sebagai perkembangan menarik memandangkan ia memperlihatkan keterlibatan kepimpinan kedua-dua parti dalam program rasmi masing-masing. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini