Anwar umum ikhtiar penting untuk rakyat esok 

Anwar umum ikhtiar penting untuk rakyat esok 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman penting yang menyentuh kehidupan rakyat dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang esok.

Menurut Perdana Menteri, beliau mengajak semua rakyat untuk mengikuti amanat itu  secara langsung menerusi semua saluran media tempatan.

“Saya juga akan mengumumkan beberapa ikhtiar penting dalam amanat ini yang menyentuh kebimbangan serta kehidupan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ayuh kita semarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dengan membugar semangat perpaduan dan menolak segala hasutan kebencian antara kaum dan agama demi keamanan negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dalam pada itu, Anwar menyeru rakyat mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata dalam memperjuangan kemerdekaan tanah air sejak hampir tujuh dekat lalu.

“Kita mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata, sebelum kita bermuhasabah tentang tanggungjawab generasi hari ini dalam mengisi serta memaknakan kemerdekaan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, beliau dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam sambutan ambang merdeka dan Hari Malaysia pada 16 September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini