SK Kubang Kerian 1 budayakan gaya hidup sihat

SK Kubang Kerian 1 budayakan gaya hidup sihat

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 gembira mendapat hadiah setelah menyertai program.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 (SKKK1) terus memperkukuh usaha membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid menerusi Ceramah Kesihatan Misi Sihat Yakult yang diadakan di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Program tersebut memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri, mengamalkan pemakanan seimbang serta memahami peranan sistem penghadaman dalam memastikan tubuh kekal sihat.

Penyampaian secara santai dan interaktif berjaya menarik perhatian murid apabila mereka bukan sahaja mendengar penerangan, malah berpeluang menyertai aktiviti dan kuiz berkaitan kesihatan.

Guru Besar SK Kubang Kerian 1, Rozanita Ismail, berkata, pendidikan kesihatan perlu diterapkan sejak usia sekolah rendah supaya amalan yang baik dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan murid.

Menurutnya, program seumpama itu turut melengkapi pendidikan di dalam bilik darjah dengan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih dekat dengan kehidupan seharian.

Melalui Misi Sihat Yakult, pihak sekolah berharap murid bukan sahaja memperoleh pengetahuan baharu, malah dapat mempraktikkan amalan hidup sihat bersama keluarga serta menjadi generasi yang lebih peka terhadap penjagaan kesihatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN