Anjing K9 diguna bantu kesan Muhammad Rayyan

Anjing K9 diguna bantu kesan Muhammad Rayyan

MUHAMMAD Rayyan Hakimie Mohd. Yusmiza belum ditemukan selepas dipercayai lemas semasa mandi di Sungai Kelantan dekat Kampung Batu Lada, Aur Duri, Kuala Krai, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menggunakan khidmat seekor anjing pengesan Unit K9 bagi membantu mencari seorang lagi mangsa lemas yang belum ditemukan di Sungai Kelantan, dekat Kampung Batu Lada, Aur Duri, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini turut diperluas sehingga kira-kira empat kilometer di kawasan sungai berkenaan.

“Hari ini kita menggunakan khidmat anjing bagi membantu mengesan mangsa, Muhammad Rayyan Mohd. Hakimie Mohd. Yusmiza, 14, yang belum ditemui sehingga sekarang.

“Kita juga memperluas jarak pencarian sehingga empat kilometer dengan kerjasama bot Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri hilang selepas mandi di Sungai Kelantan dekat Kampung Batu Lada, Aur Duri.

Bagaimanapun, mayat seorang lagi mangsa, Muhammad Lut Naiman Mohd. Noor Aziron, 14, ditemukan pada pukul 9.10 pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mereka berempat mandi di kawasan sungai berkenaan selepas datang dari Kampung Guchil. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×