Malaysia, Vietnam bincang isu Laut China Selatan, kepentingan kod tatalaku

Malaysia, Vietnam bincang isu Laut China Selatan, kepentingan kod tatalaku

MOHAMED Khaled Nordin (tiga, kanan) mengetuai delegasi Malaysia mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam sempena lawatan rasmi ke negara berkenaan. – FACEBOOK MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menegaskan komitmennya untuk te­rus mempertahankan keama­nan dan kestabilan di Laut China Selatan menerusi pendekatan dialog, diplomasi serta pematuhan kepada undang-undang antarabangsa.

Pendirian itu disuarakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Jeneral Phan Văn Giang, sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke negara berkenaan.

Mohamed Khaled berkata, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai perkembangan strategik serantau termasuk situasi Laut China Selatan, menyokong pemuktamadan kod tatlaku (COC), kepentingan ASEAN dalam memelihara keamanan serantau.

“ASEAN penting dalam me­nge­kalkan perpaduan, auto­nomi strategik dan peranan uta­manya dalam memelihara keamanan serta kestabilan rantau.

“Dalam pertemuan itu, Malaysia dan Vietnam turut membincangkan pelbagai usaha memperkukuh kerjasama pertahanan agar hubungan sedia ada terus berkembang secara lebih strategik, substantif dan berterusan,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Mohamed Khaled berkata, beliau turut mengemukakan cadangan supaya mekanisme kerjasama diperkasakan menerusi penubuhan jawatankuasa pe­ringkat tertinggi bagi memastikan setiap inisiatif dapat di­se­laras dan dilaksanakan de­ngan lebih berkesan.

Jelasnya, pelbagai bidang kerjasama turut dibincangkan termasuk latihan ketenteraan dua hala, perkongsian risikan, kesedaran domain maritim, operasi menyelamat kapal selam, kecerdasan buatan (AI), industri pertahanan serta usaha menangani cabaran keselamatan baharu termasuk aktiviti zon kelabu.

“Malaysia turut menghargai sambutan positif Vietnam terhadap pelbagai cadangan yang dikemukakan, termasuk komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

“Kerjasama yang diperkukuh itu diyakini mampu menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran ASEAN, selaras dengan komitmen ke­dua-dua negara dalam memastikan rantau ini terus aman, stabil dan makmur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×