Bella: Video itu sudah lama - Utusan Malaysia

Bella: Video itu sudah lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Bella Astillah, 27, mengaku video seorang lelaki tidak memakai baju dan berkelakuan tidak senonoh yang tular di media sosial khususnya di Twitter semalam merupakan video lama milik suaminya, penyanyi Aliff Aziz, 31.

Bagaimanapun, menurut Bella, dia benar-benar berharap agar isu ini tidak ditimbulkan lagi oleh mana-mana pihak memandangkan video tersebut sudah lama dan suaminya itu juga kini sudah berubah ke arah yang lebih baik.

“Apa yang boleh saya katakan, video itu sudah lama sangat. Tapi apa pun yang sudah jadi di masa lepas, saya tak nak tahu dan tak nak tengok pun. Itu zaman jahilliah dia.

“Sekarang, dia sedang mencuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan, walaupun secara perlahan-lahan tetapi ia tetap satu langkah yang baik.

“Tak sangka juga masih ada yang cuba atau ingin menjatuhkan dia. Mungkin sebab tak senang dengan kebahagiaan dan perubahan Aliff agaknya,”katanya.

Selain itu, kata Bella, dia dan keluarganya akan tetap terus mendoakan yang terbaik dan memberikan sokongan tanpa henti kepada Aliff.

“Sekarang, apa yang lebih penting adalah saya dan keluarga terus mendoakan yang terbaik dan tidak akan berhenti memberikan sokongan 100 peratus kepada dia,” katanya.

Kelmarin, tular dalam media sosial sebuah video berdurasi lebih dua minit yang didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Aliff Aziz dan kemudiannya menjadi bahan bualan ramai memandangkan Aliff seringkali terkait dengan isu kontroversi membabitkan masa lampau dan rumah tangganya.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

Sebelum ini, kedua-duanya juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019, namun, merujuk semula selepas beberapa bulan perpisahan itu berlaku. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×