Calon Bersatu paling ramai hilang deposit PRN N. Sembilan

Calon Bersatu paling ramai hilang deposit PRN N. Sembilan

MUHYIDDIN Yassin ketika mengumumkan calon Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan di Nilai, Seremban baru-baru ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi parti paling teruk terjejas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 apabila 23 daripada 24 calonnya hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu per lapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira.

Kekalahan itu turut menyaksikan Bersatu gagal memenangi sebarang kerusi, sekali gus kehilangan satu-satunya kerusi yang disandang sebelum ini iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu.

Secara keseluruhan, seramai 30 calon kehilangan wang deposit pada PRN Negeri Sembilan kali ini.

Sementara itu, Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masing-masing mempertaruhkan seorang calon turut hilang wang deposit.

Seorang calon Pakatan Harapan (PH) turut kehilangan wang deposit, selain empat calon Bebas yang turut berdepan nasib sama.

Dalam pada itu, calon berusia antara 41 hingga 50 tahun merekodkan jumlah kehilangan wang deposit tertinggi iaitu 36.11 peratus atau 13 daripada keseluruhan 36 calon dalam kategori umur berkenaan yang bertanding.

PRN Negeri Sembilan Ke-16 menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memenangi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, manakala PH memperolehi 11 kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×