Datuk dikhuatiri lemas ketika selamatkan cucu saudara

Datuk dikhuatiri lemas ketika selamatkan cucu saudara

OPERASI mencari dan menyelamat warga emas dijalankan pasukan Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Kampung Pulau Kudat, Kuala Berang, Terengganu. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU : Niat murni seorang lelaki menyelamatkan cucu saudaranya yang hampir lemas bertukar tragedi apabila dia sendiri hilang di Sungai Kampung Pulau Kudat, Kuala Berang, di sini hari ini.

Harun Ibrahim, 51, yang merupakan pesakit dialisis buah pinggang dilaporkan hilang selepas dipercayai tenggelam ketika cuba menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, berdasarkan maklumat awal daripada penduduk kampung, mangsa pada mulanya cuba membantu cucu saudaranya yang hampir lemas ketika sedang mandi di sungai berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut, mangsa dipercayai tiba-tiba lemas sebelum tenggelam ke dalam sungai,” katanya hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut digerakkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dengan kekuatan enam anggota. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×