Hong Leong Bank raih enam anugerah pengurusan kekayaan serantau - Utusan Malaysia

Hong Leong Bank raih enam anugerah pengurusan kekayaan serantau

JEFFREY Yap (tiga dari kiri), Ketua HLB Private Bank Singapura, Kenneth Tan (tiga dari kanan) dan Ketua Pengedaran Kekayaan HLB, Tay Choon Wei (dua dari kanan) semasa majlis Anugerah WealthBriefingAsia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Bank (HLB) mengukuhkan kedudukannya dalam ruang kekayaan serantau apabila HLB Private Bank dan HLB Priority meraih enam anugerah industri menerusi kecemerlangan pengurusan kekayaan serta tawaran nilai inovatif.

Pencapaian itu hadir susulan pelaksanaan plan transformasi 3 hingga 5 tahun bank berkenaan yang memberi penekanan khusus terhadap pemecutan inovasi dan pembolehan khidmat tersuai bagi segmen pengurusan kekayaannya.

Menerusi Anugerah WealthBriefingAsia, HLB Private Bank dinobatkan sebagai Best Private Bank / Wealth Manager di Malaysia dan Singapura, manakala HLB Priority diiktiraf sebagai Best Bank / Wealth Manager for Emerging Affluent Clients pada Anugerah Global Mass Affluent Banking.

Selain itu, HLB Private Bank menerima Rising Star Private Bank Award (Malaysia) dan Best Private Bank for Wealth Creation & Preservation pada Anugerah Global Private Banking Innovation, manakala HLB Priority diraih bagi Best Value Proposition for Emerging Affluent Clients.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam berkata, peningkatan keupayaan pengurusan kekayaan merupakan keutamaan teras dalam pelan transformasi bank secara menyeluruh.

“Industri perbankan secara tradisinya memisahkan perkhidmatan kekayaan, perbankan perniagaan dan kekayaan peribadi. Kami mahu mengubahnya dengan menyediakan laluan berterusan yang menyokong pelanggan sepanjang perjalanan pembinaan kekayaan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi Sidang Kemuncak Pasaran Swasta 2026, HLB turut mengumumkan bakal melancarkan dua kenderaan pelaburan eksklusif iaitu Dana ekuiti swasta untuk melabur merentasi pengurus global terkemuka (Global Private Equity Fund-of-Funds II) dan Dana pendapatan pasaran swasta untuk menjana pulangan stabil (Private Markets Evergreen Income Fund).

Produk yang sebelum ini terhad kepada institusi itu direka bagi membantu pelanggan yang layak meraih premium ketidakcairan dan pulangan operasi menerusi pemilikan terus serta pembiayaan khas.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pengurusan Kekayaan Serantau HLB, Jeffrey Yap berkata, pembeza utama bagi HLB kini terletak pada keupayaan memberikan akses pasaran global, pilihan pelaburan serantau serta perkhidmatan penasihat terulung kepada pelanggan.

“Bagi pelanggan berpendapatan tinggi, HLB Private Bank menjalin kerjasama dengan Lombard Odier untuk menawarkan khidmat nasihat portfolio gred institusi dan pemindahan warisan antara generasi, selain melengkapi Pengurus Hubungan dengan AI copilot bagi menyampaikan strategi pelanggan yang lebih terperinci,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN