Agong jalani rawatan susulan sakit otot

Agong jalani rawatan susulan sakit otot

SULTAN Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan bagi merawat kesakitan muskuloskeletal melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul.

Sehubungan itu, Seri Paduka tidak berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya yang berlangsung hari ini.

Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan, Sultan Ibrahim dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat sebelum menjalani rawatan susulan bagi memberi ruang kepada proses pemulihan.

“Yang di-Pertuan Agong akan menjalani rawatan susulan kesakitan muskuloskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul.

“Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat sebelum menjalani rawatan susulan bagi memberi ruang kepada proses pemulihan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN