Wea rajin teman tuan bersenam

Wea rajin teman tuan bersenam

WAN Osman Wan Mohd. Kadir bersama angsanya semasa berjoging di Kampung Pasir Pekan Tengah, Tumpat, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Aksi seekor angsa jantan berusia dua tahun yang sering bersenam bersama pemiliknya setiap petang mencuri tumpuan orang ramai di sekitar kawasan dataran Su­ngai Kelantan, Pasir Pekan Tengah di sini.

Pemiliknya, Wan Osman Wan Mohd. Kadir, 53, berkata, setiap hari angsa yang diberi nama Wea itu akan berlari bersamanya selama setengah jam.

“Angsa lain biasanya agresif berdepan orang ramai tetapi berbeza dengan Wea, dia manja dan suka dibelai oleh sesiapa sahaja yang dekat denganya.

“Jika ada orang duduk dekat dengannya, Wea akan meletakkan kepalanya di bahu sambil menyudu manja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Wan Osman berkata, angsa­nya itu akan merajuk jika tidak diberikan perhatian secara khusus.

Justeru, dia akan mengambil sedikit masa membelai angsa tersebut semasa memberi makan.

“Sebagai tanda merajuk, Wea akan menyembunyikan kepala­nya di bawah sayapnya. Biasanya Wea akan merajuk selama sehari.

“Jenuh juga saya nak pujuk Wea,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×