Tiga remaja maut terjun di zon bahaya pantai Sepanyol

Tiga remaja maut terjun di zon bahaya pantai Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Tiga kanak-kanak lelaki maut selepas mengalami kesukaran ketika berenang di sebuah pantai berhampiran Tarragona di timur laut Sepanyol, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

Insiden itu berlaku pada Jumaat di Pantai Arrabassada apabila sekumpulan enam kanak-kanak lelaki terjun ke laut dari kawasan batuan ketika bendera amaran kuning dikibarkan susulan ombak kuat.

Tiga daripada mereka berjaya kembali ke pantai tanpa bantuan, manakala tiga lagi diselamatkan oleh pasukan kecemasan.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian walaupun bantuan kecemasan dijalankan, manakala dua lagi mangsa berusia 13 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, menurut perkhidmatan kecemasan wilayah itu.

Kedua-dua remaja berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Presiden wilayah Catalonia, Salvador Illa berkata, beliau amat berdukacita dengan tragedi itu dan menulis di platform X bahawa tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan pada saat sebegini.

Majlis Bandaraya Tarragona mengisytiharkan tempoh berkabung rasmi selama tiga hari.

“Risiko yang tidak perlu tidak seharusnya diambil. Dalam apa jua keadaan, orang ramai tidak boleh terjun dari kawasan batuan,” kata Datuk Bandar Tarragona, Ruben Vinuales.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×