Stok minyak AS susut ke paras terendah - Utusan Malaysia

Stok minyak AS susut ke paras terendah

GAMBAR fail seorang lelaki bersiap sedia mengisi petrol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Rizab minyak strategik Amerika Syarikat (AS) merosot minggu lalu ke paras terendah sejak 1983, menurut data kerajaan yang dikeluarkan pada Isnin.

Ia menurun apabila perang AS-Iran memperlahankan penghantaran minyak mentah di negara itu.

Rizab Petroleum Strategik (SPR) AS susut kepada 340.3 juta tong, iaitu paras terendah sejak Julai 1983.

Memuatkan artikel berkaitan…

Data menunjukkan kali ter­akhir SPR berada pada paras le­bih rendah adalah pada Julai 1983, ketika Ronald Reagan menjadi presiden.

SPR kini muncul sebagai alat utama yang digunakan oleh pegawai pentadbiran Presiden Donald Trump untuk mengurangkan kesan kenaikan harga tenaga kepada pengguna, perniagaan dan ekonomi secara keseluruhan.

“Pengeluaran dari SPR digabungkan dengan pengelua­ran oleh kerajaan lain dan China yang mengurangkan eksportnya, menghalang senario harga mi­nyak AS$150 (RM609) satu tong daripada berlaku setakat ini,” kata Presiden Persatuan Minyak Lipow, Andy Lipow.

ADS:D

Perang berturut-turut me­ngurangkan sebahagian besar rizab SPR. Ia menyusut seba­nyak 75 juta tong atau 18 peratus sejak perang dengan Iran bermula pada akhir Februari.

Ketika melancarkan pencalonan untuk menjadi pre­siden pada 2022, Trump mengkritik pemegang jawatan itu, Joe Biden kerana mengurangkan SPR menjelang pilihan raya separuh penggal tahun tersebut.

Namun kini, pegawai Trump didakwa mengurangkan SPR pada kadar yang lebih pantas menjelang pilihan raya separuh penggal tahun ini.

Pada paras semasa, SPR kini kurang daripada paras separuh penuh.

Ketua Pegawai Eksekutif Ri­zab Petroleum Amerika, Mike Som­mers memberi amaran ming­gu lalu bahawa SPR perlu mengekalkan sekurang-kurang­nya 20 peratus kapasiti untuk terus beroperasi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN