Eksplorasi sistem zon dalam fotografi potret monokromatik

Seni Foto: Eksplorasi sistem zon dalam fotografi potret monokromatik

Merujuk kepada karya Muhammad Yusri Hakim Isharudin, pendedahan cahaya yang penuh perhitungan ini bukan sahaja mengekalkan tekstur halus pada kulit, malah ia bertindak sebagai instrumen emosi yang kuat. Jurugambar dengan bijak mengekploitasi julat tona daripada Zon VI pada wajah subjek yang bercahaya, sehinggalah ke tona gelap yang dalam pada lipatan hijab.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam arena fotografi moden, potret hitam putih kekal utuh bukan sekadar sebagai suatu gaya klasik yang bersifat lapuk, sebaliknya ia merupakan medium penceritaan visual yang paling tulus dan intim.

Ketiadaan warna memaksa deria penglihatan kita untuk beralih daripada gangguan rona kepada elemen asas yang lebih murni: tekstur, bentuk, dan kontras.

Tanpa spektrum warna yang pelbagai, setiap perincian menjadi lebih ketara, di mana garis halus pada raut wajah, keunikan fabrik, serta jatuhan bayang yang dramatik muncul dengan karakter yang lebih menonjol.

Tunjang utama kepada kekuatan karya monokromatik ini terletak pada penguasaan cahaya yang dizahirkan melalui Sistem Zon (Zone System). Teknik ini merupakan satu rangka kerja seni yang membahagikan julat cahaya kepada 11 zon (Zon 0 hingga Zon X).

Dengan memetakan dedahan daripada hitam pekat hingga putih bersih, jurugambar mampu mengukir dimensi visual yang memukau. Dalam fotografi potret:

Zon V (Kelabu Pertengahan): Bertindak sebagai, titik rujukan meter kamera.

Zon VI: Sering digunakan untuk mengekalkan tekstur tona kulit yang sempurna.

Transisi Tona: Peralihan halus antara zon inilah yang memisahkan subjek daripada latar dan mencipta drama yang dinamik.

Melangkaui aspek teknikal semata-mata, komposisi hitam putih sebenarnya memperkukuh naratif penceritaan. Pencahayaan berperanan sebagai pengukir emosi, manakala bayang-bayang melukiskan misteri.

Renungan mata yang tajam dan ekspresi wajah yang mendalam berupaya menusuk terus ke sanubari penonton tanpa memerlukan warna sebagai medium.

Pensyarah Kanan, Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×