Penghantar piza bersara dengan ‘tip' RM673,000 - Utusan Malaysia

Penghantar piza bersara dengan ‘tip’ RM673,000

DAN Simpson bersara selepas dia mendapat ‘tip’ dalam jumlah yang besar. - GoFundMe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang penghantar piza warga emas bersara selepas dia mendapat ‘tip’ yang mencecah lebih AS$170,000 (RM673,000).

Dan Simpson, 68, sebelum ini menjadi tular di media social kerana kesungguhannya membelikan minuman untuk pelanggan menggunakan wang sakunya sendiri.

Dia sebelum ini bekerja sepenuh masa di Jabatan Pertanian Negeri Idaho dan melakukan kerja sampingan menghantar piza selama 14 tahun untuk menyara hidup. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kisah hidupnya telah menyentuh hati jutaan netizen. Ini kerana dia sanggup singgah ke kedai runcit lain semata-mata bagi membeli minuman segera untuk pelanggan selepas stok di restoran tempatnya bekerja habis.

Keikhlasannya dirakam menerusi kamera loceng pintu milik pelanggan, Brian Wilson, yang kemudian memuat naik video tersebut ke TikTok sehingga meraih 2.5 juta tontonan. 

Terharu dengan sifat murni itu, Wilson melancarkan tabung kilat GoFundMe bagi membantu Simpson bersara.

Simpson mendedahkan pada Jumaat lalu bahawa, dia bangun pada hari persaraan dan memeriksa baki akaun bank dan mempunyai wang  AS$163,000 (RM644,822) sebelum meningkat lagi.

“Benar-benar satu hadiah persaraan yang luar biasa,” kata Simpson.

Meskipun sudah bersara, warga emas itu mendedahkan dia merancang untuk terus bekerja sebagai penghantar piza pada hujung minggu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN