Yeo's

Yeo’s perkukuh pemasaran menerusi pengalaman pengguna

SEBANYAK 300 botol Yeo’s Yeogurt diagihkan kepada penumpang KTM Komuter yang bertolak dari KL Sentral
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yeo’s Malaysia memperkukuh strategi pemasaran produk menerusi pendekatan pengalaman pengguna dan pengedaran sampel secara langsung bagi memperkenalkan rangkaian minuman Yeo’s Yeogurt dalam botol baharu 350 mililiter (ml).

Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia, Renda Low berkata, pendekatan itu membolehkan syarikat mendekati pengguna secara langsung, khususnya golongan pelajar institusi pengajian tinggi dan pekerja yang menjadi antara kumpulan sasaran produk berkenaan.

“Tren komuter dipilih kerana ia menjadi lokasi ramai pelajar kolej dan universiti serta golongan bekerja memulakan hari mereka. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengalaman seperti hari pertama di kolej atau memulakan pekerjaan baharu menjadi ilham kepada kempen ‘Versi Baharu Dirimu’ sempena pelancaran Yeo’s Yeogurt dalam botol baharu 350 ml.

“Apabila semuanya baharu, kadang-kadang perkara kecil seperti menikmati minuman kegemaran pun cukup untuk buat kita rasa lebih selesa.

“Barulah kita lebih berani untuk mencuba, berkenalan dan menunjukkan sisi diri yang mungkin belum pernah kita tonjolkan,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi aktiviti berkenaan, sebanyak 300 botol Yeo’s Yeogurt diagihkan kepada penumpang KTM Komuter yang bertolak dari KL Sentral, manakala lebih 1,000 cawan sampel diedarkan kepada pengunjung di stesen berkenaan.

Renda berkata, keberkesanan kempen dinilai berdasarkan jumlah produk yang diedarkan, sambutan orang ramai serta maklum balas pengguna selepas mencuba minuman itu.

“Bagi pemasaran digital pula, syarikat menilai jumlah tontonan, capaian dan interaksi bagi mengukur penerimaan pengguna terhadap produk serta mesej kempen.

“Kempen ini turut disokong penghasilan tiga video pendek berdurasi 20 saat yang menampilkan Azeva dan Zaki Yamani, dengan jalan cerita berkisar pengalaman harian golongan muda ketika memulakan kehidupan di kampus dan alam pekerjaan.

“Selain aktiviti dalam tren, pengunjung di KL Sentral turut berpeluang menyertai permainan ‘Unlock Your New Version’ bagi memenangi hadiah,” ujarnya.

Yeo’s Yeogurt 350ml kini ditawarkan di pasaran dalam tiga perisa, iaitu Asli, Anggur dan Beri Campuran. Produk yang diperakui halal itu turut mengandungi vitamin B6 dan serat diet. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini