NEW DELHI: Tujuh maut selepas tembok setinggi 2.5 meter di sebuah kompleks hospital runtuh di bandar Bengaluru, selatan India, menurut seorang pegawai negeri semalam.
Timbalan Ketua Menteri negeri selatan Karnataka, D. K. Shivakumar dalam kenyataan berkata, kejadian runtuhan itu mengorbankan seorang kanak-kanak dan empat penjaja jalanan, selain dua lagi mangsa dari Kerala.
Beliau berkata, identiti seorang lagi mangsa masih belum dapat disahkan.
Shivakumar berkata, tiga lagi mangsa cedera dan dan sedang menerima rawatan di hospital.
Perdana Menteri India, Narendra Modi, dalam hantaran di platform X menyifatkan runtuhan itu sebagai kejadian ‘malang’.
Menurut saksi Reuters, seorang wanita yang cedera dibawa untuk pemeriksaan lanjut selepas menerima rawatan awal di hospital susulan kejadian runtuhan tembok itu.
Selepas beberapa minggu berdepan suhu tinggi dan kelembapan, cuaca di Bengaluru tiba-tiba berubah pada Rabu apabila hujan lebat, angin kencang dan ribut hujan batu melanda beberapa bahagian bandar itu.
Hujan lebat itu memberi kelegaan sementara daripada cuaca panas, namun turut menyebabkan gangguan meluas termasuk kawasan ditenggelami air dan pokok tumbang.- AGENSI










