Zii Jia buktikan watak penting Piala Thomas

Zii Jia buktikan watak penting Piala Thomas

Lee Zii Jia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia membuktikan keyakinan legenda negara, Datuk Seri Lee Chong Wei terhadap kemampuannya selepas membantu Malaysia memperoleh mata kemenangan menewaskan England 3-2 dalam saingan Piala Thomas di Horsens, Denmark, kelmarin.

Ketika Malaysia ketinggalan 1-2 ekoran aksi buruk Justin Hoh dan Aidil Sholeh Ali Sadikin, pemain profesional itu tampil membenam pemain muda England, Nadeem Dalvi 21-13, 21-11.

Situasi yang sama mungkin akan berlaku pada pertemuan berdepan Jepun dalam aksi penutup Kumpulan B, Rabu ini dan juga dalam saingan peringkat kalah mati.

“Ini kali pertama saya sebagai perseorangan ketiga dan bermain dalam situasi ini memang benar, saya terkejut dan gembira kerana dapat menyelesaikan misi tersebut,” katanya ketika ditemu bual oleh wakil Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan berakhir.

Zii Jia berkata, dia tidak tertekan dengan tanggungjawab itu, malah, sebaliknya teruja bagi melaksanakan misi yang diberikan kepadanya.

“Sejujurnya saya tidaklah terlalu tertekan dalam gelanggang. Ia lebih kepada rasa teruja. Baiklah sekarang 2-2 dan apa yang akan saya lakukan, ia lebih kepada perasaan itu,” katanya.

Mengakui penampilannya pada Piala Thomas seperti skrip yang telah dituliskan khas untuknya, Zii Jia memberitahu, kejohanan berprestij itu diharap mampu membantu membina semula keyakinan serta prestasinya dan sekali gus memberikan aksi terbaik untuk Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×