Terima kasih kakakku Siti Nurhaliza kerana mendoakan - Kmy Kmo - Utusan Malaysia

Terima kasih kakakku Siti Nurhaliza kerana mendoakan – Kmy Kmo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Kmy Kmo mendedahkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada menyampaikan doa agar bapanya yang kini diuji masalah kesihatan, kuat berdepan ujian.

Berkomunikasi menerusi pesanan WhatsApp, Kmy Kmo atau nama penuhnya Lukmanul Hakim berkata penyanyi itu turut berpesan agar dia memperbanyakkan zikir agar diberi ketenangan dalam menghadapi dugaan.

“Terima kasih juga kakakku, Siti Nurhaliza yang menghantar pesanan suara, mendoakan abah untuk abah terus kuat dan teruskan berzikir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun abah sudah dua hari intubasi, bernafas bergantung pada mesin, abah tetap nampak kuat semangat,” katanya.

Kmy juga memberitahu bahawa bapanya tidak putus menerima kehadiran orang sepanjang dirawat di hospital berkenaan.

“Terlalu ramai orang datang ziarah abah siang tadi. Sampai habis waktu melawat.

“Bila siang berganti malam, aku dan adik aku pun berganti jadual dengan kakak-kakak dan adik perempuan aku.

“Memang tiap kali abah atau umi sakit, kita susun yang perempuan jaga siang, anak lelaki jaga malam,” katanya lagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini