Ustaz Wadi Annuar dibenar keluar hospital - Utusan Malaysia

Ustaz Wadi Annuar dibenar keluar hospital

MOHD. Alwi Zainal Abidin dalam sidang akhbar di IPK Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 45, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini awal pagi tadi, dibenarkan keluar dari Hospital Gerik selepas menerima rawatan

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, pendakwah itu difahamkan berada dalam keadaan stabil, namun mengadu mengalami sakit dada.

“Difahamkan, ketika kejadian beliau dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli. Keadaannya dilaporkan stabil sebelum dibenarkan keluar hospital,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, maklumat kemalangan itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada pukul 1.30 pagi membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire, sebuah Perodua Bezza dan Myvi.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang dalam perjalanan dari arah Jeli menghala ke Gerik hilang kawalan ketika melalui selekoh di jalan basah selepas hujan.

“Kenderaan itu kemudian memasuki laluan bertentangan lalu bergesel dengan Perodua Bezza dari arah bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota Vellfire yang berada di belakang kereta berkenaan.

“Akibat kejadian itu, dua penumpang Perodua Myvi mengalami kecederaan, masing-masing patah tangan kiri dan pendarahan di kepala.

“Dua penumpang Toyota Vellfire pula mengalami luka di bibir dan mengadu sakit dada,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Alwi berkata, semua mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Gerik sebelum dua daripada mereka dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Katanya, keadaan jalan di lokasi kejadian ketika kemalangan berlaku merupakan laluan berselekoh, basah selepas hujan serta gelap tanpa kemudahan lampu jalan.

“Bagaimanapun, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini