Bekas Timbalan Ketua Setiausaha kementerian sertai Bersatu Selangor

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha kementerian sertai Bersatu Selangor

MOHAMED Azmin Ali ketika berucap di Konvensyen Bersatu Selangor di IDCC di sini, hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor mengumumkan kemasukan bekas Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, pakar dan aktivis masyarakat ke dalam parti itu.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Antaranya, Timbalan KSU Kementerian Pertahanan (Mindef), Datuk Sirajuddin Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Development Foundation, Dr. Mohamed Mailiki Mohamed Rapiee serta pakar perunding bedah telinga, hidung dan tekak (ENT), Prof. Datuk Dr. Ahmad Kusyairi Khalid.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamed Azmin turut mengumumkan penyertaan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Alif Anas Md Noor; pempengaruh, Iskandar Khoo Kuan Yiaw dan bekas Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Muhammad Najmi Samsudin ke dalam parti berkenaan..

Kesemua mereka menerima sijil keahlian daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini