MyIPO terima 17,089 permohonan IP dalam tempoh suku pertama 2026

MyIPO terima 17,089 permohonan IP dalam tempoh suku pertama 2026

YUSNIEZA Syarmila Yusoff ketika sidang media Hari Harta Intelek Negara 2026 dari Idea ke Podium di Ajak PickleGround @ Jiospace, Seksyen 19 hari ini. - UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 17,089 permohonan harta intelek (IP) diterima bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, peningkatan sebanyak 10.5 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, peningkatan itu mencerminkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan perlindungan inovasi dan jenama.

Katanya, trend tersebut juga menunjukkan masyarakat kini semakin memahami nilai komersial harta intelek dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan industri negara secara menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam sektor sukan, MyIPO menerima sebanyak 118 permohonan paten bagi tempoh 2024 hingga 2025 yang melibatkan pelbagai teknologi serta inovasi prestasi atlet.

“Permohonan tersebut merangkumi pembangunan teknologi sukan, sistem latihan moden, penggunaan realiti maya serta inovasi peralatan yang menyokong peningkatan prestasi atlet negara.

“Bagi cap dagangan pula, sebanyak 1,812 permohonan direkodkan dalam tempoh 2024 hingga 2025 melibatkan produk dan perkhidmatan berkaitan industri sukan yang semakin berkembang pesat,” katanya dalam sidang akhbar Hari Harta Intelek Negara 2026 (HHIN2026) di Ajak PickleGround @ Jiospace, Seksyen 19 di sini, hari ini.

Tambah Yusnieza Syarmila, daripada keseluruhan jumlah itu, 28.5 peratus merupakan jenama tempatan, sekali gus membuktikan industri sukan kini menjadi medan persaingan aktif dalam aspek penjenamaan dan nilai komersial.

Antara contoh kejayaan tempatan ialah jenama seperti Al-Ikhsan, Antioni, Voltra dan Coneli yang membina kekuatan pasaran melalui strategi harta intelek tersusun.

“Harta intelek memainkan peranan penting dalam ekosistem sukan melalui perlindungan paten, cap dagangan, reka bentuk industri serta hak cipta yang saling melengkapi.

“Paten menyokong inovasi teknologi, cap dagangan membina identiti jenama, manakala hak cipta dan reka bentuk industri memperkukuh nilai produk serta kandungan kreatif.

“Program HHIN2026 akan berlangsung pada 28 hingga 30 April ini di Menara MyIPO, PJ Sentral dengan pelbagai pengisian menarik termasuk seminar, forum bersama pakar industri, pameran inovasi dan jenama sukan serta lain-lain lagi,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini